ƜIן∀H ן∩pq∀ ᴎIq ᴎ∀ᴚℲ∀ᴚZ ᴎ∀ᴚƜI

Thursday 14 February 2013

Zina hati???

Mari-mari membaca tambahkan ilmu :) <3











Assalamua'laikum rakan-rakan ana nk berkongsi sedikt ilmu bersama:)


sESunggunya dosa itu sentiasa kita lakukan tanpa kita sedar 
Dosa mata
Dosa telinga
Dosa tangan
Dosa fikran
Dosa kaki
Dosa hati

Sabda Baginda SAW
Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar , lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegang, kaki zinanya melangkah , dan hati zinanya berhasrat,membayangi dan berharap . Semua itu dibenarkan( direalisasikan) oleh kemaluan. '(HR Bukhari)

Disebutkan perkara berkaitan hati pasti tidak boleh lari dari ilmu TASAWUR.
Jadi jelaslah perkara ini bukan mudah untuk di terangkan kepada anda :)
Jadi mari kita faham-fahamkan.





APA ITU ZINA HATI?????
Dapat di terjemahkan kepada 3 iaitu :
-berhasrat
-berharap
-membayangi

Perasaan hati ini boleh membawa kepada zina hati malah mungkin boleh terjerumus dalam kancah penzinaan

Firman Allah
Janganlah kamu mendekati zina (al-isra')






Adakah dengan meminati seseorang itu termasuk dalam zina hati????

Fitrah manusia yg diberikan oleh Allah ialah mencintai, menyukai dan menyayangi.
Namun fitrah manusia bukan sewenang-wenangnya diikuti sampai menimbulkan fitnah. Lalu adakah minat kepada seseorang termasuk dalam zina hati??
Jawapannya : perasaan minat kepada sesesorang bukanlah termasuk dalam zina hati, ianya termasuk dalam fitrah manusia yg tidak berlebih-lebihan seperti - tidak makan, tidak solat dan yang lain-lain-
Walau bagaimanapun, bagi mereka yg menjga kekhusyukkanya dalam ibadah maka perkara ini perlu di hilangkan kerana takut menganggu kekhusyukkan ibadah seseorang..Tetapi ingat JANGAN SAMAPAI MEMUDARATKAN DIRI




Meminati seseorang juga akan menjadi haram dan termasuk dalam zina hati apabila:
-terbayang muka dia hingga melarat
- sehingga terbayang auratnya

Maka ia termasuk dalam ZINA HATI dan dilarang oleh islam !!!