ƜIן∀H ן∩pq∀ ᴎIq ᴎ∀ᴚℲ∀ᴚZ ᴎ∀ᴚƜI

Friday, 10 October 2014

Pencari Hijah

 بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUA'LAIKUM

Allhamdulillah bersyukur kita pada Pencipta yang mengizinkan saya untuk menulis sesuatu di ruang blog yag sudah lama ditinggalkan.
Saya disini Allhamdulillah sehat , semoga pembaca semua sehat dengan izin-NYA.
Pada hari ini saya ngin berkongsi nukilah ikhlas dari Sang Pencari Hijrah.





Berbuih dosaku bertaburan di lautan yg luas seakan-akan tiada pengakhiran, Debu hitamku berterbangan di alam semesta seakan hanya kegelapan menemaniku hingga akhir nyawaku
Layakkah aku menumpang cinta makhluk , sedangkan aku bukanlah terbaik
Layakkah aku dahagakan cinta makhluk, sedangkan aku belum kenal siapakah Pencipta Cinta
Aku mencari hijrah ditengah Bandar yang sesak, pencarian ku seakan tiada penghujungya

Yang iklhas : Pencari Hijrah

Monday, 6 May 2013

D.U.I.T

ASSALAMUA'LAIKUM
^-*

D.U.I.T
Duit adalah sesuatu yang amat menjadi kepentingan kepada generasi X . Y . Z dan juga generasi GAJET.. Tanpa wang atau duit tidak mampulah untuk melakukan apa sahaja bak kata sekarang " NO MONEY NO TALK "
tapi  pada hari ini bukanlah saya ingin membincangkan tentang duit tetapi tentang apa itu D.U.I.T ?? MARI  kita memahami tentangnya di bawah dengan dalil2 :)




D
D..ialah DOA.. definisi doa dalam syarak ialah memohon pertolongan kepada PENCIPTA .. Tidak kiralah apa sahaja yang di pintanya kepada NYA .dan hakikat doa iaitu menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya termetrai pengagungan terhadap Allah swt dan mengiktiraf sifat kemulian dan pemurahNya. (Sya’n al-Dua’) . insya Allah di makbulkan..
dalam firman Allah SWT


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنّي فَإِنّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ [البقرة:186]
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” 

Dalam hadis Nabi Muhammad SAW

“Kamu telah memohon dari Allah dengan menyebut namaNya yang agung Jika (Allah) diminta dengannya, Allah akan memberi dan jika (Allah) didoa dengannya, Allah akan memperkenankannya”.
 Hadith riwayat Abu Daud.

Dengan dalil2 diatas telah menunjukkan bahawasanya doa itu ialah dambaan seorang 
hamba kepada Allah SWT agar diberi pertolongan

“Katakanlah (wahai Muhammad): Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu azab Allah atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain dari Allah (untuk menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar?

Bahkan Dialah (Allah) yang kamu seru lalu Dia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Dia kehendaki dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).” 

Al-An’am ayat 40-41. 

Dalam setiap kejayaan yang di kecapi pasti akan tempang tanpa melangkah setapak kejayaan
tanpa berdoa dahulu







U
U.... U disini ialah USAHA .. Usaha itu tanda kejayaan ... setelah melangkah dengan doa. Lakukan langkah kedua iaitu usaha.. Usaha adalah merangkumi konsep jihad iaitu mengerah tenaga untuk sesuatu yang membawa kejayaa. Kalau kita usaha utuk dunia daptlah dunia. Bagi muslim yg beriman perlulah Wasatiah iaitu kesederhanaa..

Dalam hadis Nabi Muhammad SAW :
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: Allah telah menetapkan lima perkara bagi setiap hambaNya; Ajalnya dan rezekinya, umurnya, untung nasib buruk dan nasib baiknya. (HR Ahmad)



I

I... i disini ialah ikhtiar.. setelah berusaha bersungguh2 maka ikhtiarlah supaya Doa dan Usaha anda. Dan juga pertimbangkan usaha andai tidak cukup teruskan lah usaha usaha usaha dan usaha ..




T
T,,, t disini ialah Tawakal.. setelah berdoa+berusaha+ikhtiar+tawakal = Kejayaan
serahkan segala2 Nya kepada yg merancang iaitu Allah Pengertian“ TAWAKAL”
Menurut bahasa, lafal tawakal berasal dari bahasa arab yg artinya bersandar. Menurut istilah , tawakal ialah sikap berserah diri kepada Allah setelah melakukan usaha secara maksimal. Seseorang yg berusaha secara maksimal untuk mencapai suatu keinginan atau cita-cita ,setelah itu dia menerima dengan ikhlas dan berserah diri kepada Allah atas hasil yg akan dia dapatkan, orang ini disebut bertawakal.Orang yg bertawakal ,maka ia termasuk orang yg berakhlak mulia.Dalam firman Allah SWT

Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.” (TMQ. at-Thalaq [65]: 3)

“Maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepadaNya.” 
(TMQ. Hud [11]: 123)

“Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah, “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada- Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung”. 
(TMQ. at-Taubah [9]: 129)

“Barangsiapa yang tawakal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (TMQ. al-Anfal [8]: 49)


Setelah semua itu di lakukan insya Allah akan termakbul semua yg kita lakukan tanpa sia2 dan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah . 


* KEJAYAAN YANG SEDIKIT YANG BERKAT LEBIH BAIK DARI YANG BERJAYA TANPA KEBRKATAN*




Monday, 18 March 2013

Ilmuan islam

Assalamua'laikum... :)
hari ini nk berkongsi seorang ilmu falak islam yg terunggula pada zaman kegemilangan islam..
Beliau juga yg telah menemui orbit di angkasa lepas. Mari kita baca sama2 artikel ini...

BAPA ILMU FALAK ( Al- BATTANI )


Minat manusia terhadap kejadian angkasa dan alam semesta telah bermula sejak ribuan tahun yang lalu. Di kalangan pengembara dan pelayar, mereka menjadikan bintang yang terdapat langit sebagai "kompas" dan pemandu arah kepada perjalanan mereka supaya tidak tersesat di padang pasir serta lautan yang terbentang luas. Keadaan langit yang cerah dan tidak berawan pada waktu malam di kawasan gurun membolehkan kerdipan bintang dilihat dengan jelas. Ini telah menimbulkan bukan sahaja perasaan takjub tetapi juga ingin tahu kepada mereka yang mahu menggunakan akalnya untuk memikirkan segala kejadian Tuhan.



Seruan supaya manusia sentiasa berfikir, mengkaji dan menuntut ilmu terkandung di dalam ajaran Islam. Sebab itu, apabila Islam bertapak di tanah Arab, ilmu pengetahuan, seperti falsafah, sains, astronomi dan seni turut mengalami perkembangan yang pesat. Kelahiran para cendikiawan Islam dalam bidang-bidang tersebut merupakan bukti yang kukuh bahawa Islam menggalakkan umatnya sentiasa mencari ilmu pengetahuan hatta sampai ke negara China sekalipun.













Di zaman kegemilangan Islam, tamadun dan pusat ilmunya menjadi rujukan kepada para sarjana yang datang dari timur dan barat. Pada masa itu, barat masih berada di dalam zaman kegelapan. Pengetahuan sains, matematik, falsafah, perubatan dan sebagainya masih belum lagi berkembang luas. Berbanding dunia Islam yang telah berjaya menghasilkan sejumlah ahli sains yang cukup terkenal di dalam bidang masing-masing. Salah seorang daripada mereka ialah Al Battani atau lebih dikenali di barat sebagai Albategnieus. Beliau dilahirkan pada 230 Hijrah atau 854 Masihi. Nama asalnya ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Jabir ibn Sinan al-Harrani al-Raqi. Al Battani merupakan gelaran yang diberikan kepada beliau bersempena tempat kelahirannya di Battan







Sumbangan terbesar beliau kepada dunia sains ialah dalam bidang falak di mana Al-Battani telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya membina pusat kajian cakerawala di Rakyah. Beliau telah mengemukakan kaedah pengukuran bintang di cakerawala menggunakan garis lengkuk. Sebelum itu, para saintis Yunani telah memperkenalkan pengukuran bintang menggunakan tali. Pengukuran Al-Battani itu didapati lebih tepat dan praktikal kerana ia berdasarkan kepada teori tangen dan kotangen yang ditemuinya.
Namun begitu, barat tidak pernah memberi penghargaan kepada Al-Battani berhubung penemuan teorinya itu. Sebaliknya mereka menceduk dan "mencuri" teori Al-Battani serta mengubahsuai dan menukarnya kepada istilah Yunani ialah sine yang berasal daripada kata dasar "sinus". Dalam teorinya, Al-Battani telah membahagikan garis kotangen kepada 12 berdasarkan kepada formula seperti berikut:






Kos a
Kot a = ---- 12
Sin a

Kot "a" yang terdapat dalam formula itu merujuk kepada satu hari yang dibahagi 12. Kos "a" pula merupakan perjalanan matahari dalam sehari. Sin "a" pula adalah istilah bagi mewakili perjalanan malam yang sama waktunya dengan Kos "a" iaitu waktu siang. Berdasarkan kepada formula ini, sekiranya Kos a + Sin a hasilnya ialah 24 jam. Jikalau Kos a - Sin a maka hasilnya ialah 12 jam pada waktu siang dan malam.

Perhitungan yang digunakan oleh Al-Battani ini masih digunakan sehingga ke hari ini dan menjadi asas kepada penciptaan jam yang digunakan dalam kehidupan kita seharian. Teori yang dikemukakan oleh beliau ternyata mendahului zamannya dan merupakan satu penemuan yang cukup besar serta merubah perjalanan sejarah dan ilmu pengetahuan manusia. Bagaimanapun usaha Al-Battani itu tidak pernah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya oleh saintis barat. Beliau bukan sahaja dinafikan hak ciptanya ke atas teori tersebut tetapi juga kaedah "algorism" atau "algorithm" yang dirintis oleh beliau.

Nasib yang serupa juga dihadapi oleh seorang ahli falak yang hidup sezaman dengan Al-Battani yang bernama Al-Habash pernah cuba menbahagikannya kepada 60 bahagian sebagai asas kepada penghitungan 60 saat bagi satu minit dan 60 minit sebagai satu jam. Tetapi yang menjadi masalah ialah pembahagian 60 jam tidak sama dengan satu hari yang mengandungi 24 jam sahaja. Jadi, teori Habash dikatakan gagal dan sumbangannya di dalam bidang falak tidak lagi pernah disebut dan menjadi sebutan.








Walhal sumbangan dan jasa Al-Habash dan Al-Battani cukup banyak serta tidak terbatas kepada ilmu falak semata-mata. Al-Battani sesungguhnya merupakan seorang saintis Islam yang terulung dan tiada tolok bandingannya di dalam bidang matematik, geometri dan fizik. Dalam bukunya yang berjudul "al-Mijisti", beliau telah membetulkan beberapa kesilapan yang dibuat oleh Batlaimus, seorang saintis Yunani. Buku ini bukan sekadar menerangkan konsep dan kepentingan cakerawala tetapi juga menunjukkan cara-cara untuk mengukur perjalanan planet serta bintang.
Walaupun peralatan pada zaman Al-Battani tidak semaju dan secanggih zaman ini tetapi beliau telah membuktikan kebenaran ajaran Islam bahawa akal merupakan sebaik-baik kurniaan Tuhan kepada mahklukNya. Melalui pemerhatian dan pengkajiannya terhadap bintang di langit akhirnya Al-Battani menemui beberapa teori yang ternyata amat berguna dan memberikan manfaat yang besar kepada umat manusia seluruhnya. Jadi adalah tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Al-Battani layak digelar sebagai Bapa Ilmu Falak dan Astronomi Moden kerana sumbangannya dalam bidang ini telah merintis jalan kepada berbagai-bagai penemuan lain 



i L m U i T u P e N y U l U H 




Sunday, 17 March 2013

dosa

ASSALAMUA'LAIKUM :)


Ya Allah :(





aku mohon keampunan ya Allah ya Rabb
janganlah Engkau  mengambila aku sebelom aku bertaubat :(
Ya Allah aku mhon keampuanan dari MU wahai PENERIMA TAUBAT :(




Dosa itulah perkara yg sering kita lakukan tanpa kita sedar atau pon semasa kita sedar 
berkali-kali kita melakukannya.Diantara 70 dosa2 besar ialah seperti berikut 
70 Jenis Dosa-Dosa Besar:
  1. Belajar Ilmu Dan Sembunyi Pengetahuan
  2. Bersaksi Palsu
  3. Berjudi
  4. Bersumpah Palsu dan Bohong
  5. Berbohong
  6. Bergambar Di Baju Bila Sembahyang
  7. Perempuan Pelacur
  8. Berbuat Buruk Terhadap Yang Lemah
  9. Berdebat Dan Memusuhi
  10. Bersifat Dayus
  11. Bercakap Kasar Dengan Orang Tua
  12. Dusta Nama Allah Dan Rasulnya
  13. Derhaka Pada Suami
  14. Derhaka Pada Hamba Allah, Anggah Baik Dirinya
  15. Hakim Derhaka
  16. Homoseks (Seagama atau Sejenis)
  17. Mengurangi Timbangan
  18. Lari Seorang Hamba Dari Tuannya
  19. Lelaki Menyerupai Wanita
  20. Lari Dari Medan Perang Di Jalan Allah
  21. Membunuh Manusia
  22. Membunuh Diri Sendiri
  23. Mengamalkan Sihir
  24. Meninggalkan Sembahyang Lima Waktu
  25. Meninggalkan Sembahyang Jumaat
  26. Menderhaka Kepada Kedua Ibu Bapa
  27. Memutuskan Hubungan Silaturrahim
  28. Melakukan Zina
  29. Makan Harta Anak Yatim Secara Tidak Betul
  30. Makan Dari Kekayaan Haram
  31. Memberi Dan Menerima Rasuah
  32. Melabuhkan Pakaian Kerana Berlagak Sombong
  33. Makan Riba
  34. Minum Arak
  35. Mencuri
  36. Merompak
  37. Melakukan Kezaliman
  38. Melakukan Pengkhianatan
  39. Menyebut-Nyebut Pemberian
  40. Mengingkari Janji
  41. Menfitnah
  42. Mengutuk Orang Islam
  43. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah
  44. Menipu Harta Rampasan
  45. Melampaui Batas
  46. Menuduh Zina Terhadap Orang Baik
  47. Memakai Emas Dan Sutera (Bagi Lelaki)
  48. Mempercayai Nujum Dan Sihir
  49. Menjadi Bapa Sanggup
  50. Mencari Kesalahan Orang Lain
  51. Mengganggu Orang Lain
  52. Mengganggu Tetangga
  53. Menyakiti Dan Memaki Orang Islam
  54. Mengintip Dan Membuka Rahsia Orang
  55. Mencaci Sahabat Nabi
  56. Mengurangi Wasiat
  57. Mengingkari Takdir
  58. Putus Asa Dari Rahmat Allah
  59. Penipuan Dan Kezaliman Terhadap Rakyat
  60. Riak Dan Mempamerkan Diri
  61. Syirikkan Allah Dengan Sesuatu Yang Lain
  62. Sombong Serta Angkuh
  63. Sembelih Untuk Selain Allah
  64. Tidak Mengeluarkan Zakat
  65. Tidak Berpuasa Di Bulan Ramadhan
  66. Tidak Mengerjakan Haji Jikalau Mampu
  67. Tidak Beristinjak Selepas Kencing
  68. Tidak Mendengar Cakap Ibu Bapa
  69. Tipu Daya
  70. Wanita Menyerupai Lelaki









Peringatan ini bukan sahaja kepada anda tetapi pada ana jugak yg terlalu jahil..
Marilah kita sama-sama beristiqamah dalam meminta keampunan

Tidak akan tertutup keampunan dan pintu taubat Allah selagi matahari belum terbit dari barat..

Monday, 11 March 2013

Wanita



Assalamua'laikum warahmatullahhiwabarakatu :)
Oh muslimah berbahagialah 
enkau telah diciptakan-Nya dengan mulia 
itulah ungkapan dari lirik muslimah lagu yg didendangkan oleh bekas penyayi raihana iaitu abg Nazrie
Banyak pihak mengatakan bahawa sukar menjadi wanita Islam (muslim), hanya dengan melihat secara kasar perkara-perkara di bawah ini :








  1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
  2. Wanita perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  3. Wanita saksinya (jumlah apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
  4. Wanita menerima harta warisan lebih sedikit dari pada lelaki.
  5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
  6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada istrinya dalam (hal-hal tertentu).
  7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  8. Wanita kurang "selesa" dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas.
  9. dan lain-lain isu yang sengaja dipersoalkan sama ada mereka yang bukan Islam ataupun mereka yang terperdaya dengan tohmahan "musuh" Islam.

Tetapi, pernahkah kita menyelami hakikat yang sebenarnya iaitu kelebihan menjadi seorang wanita yang beragama Islam?. Baca penerangan di bawah ini:








1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.












2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya ?

3. Wanita menerima harta warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahawa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima harta warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu : Isteri, Ibu, Anak perempuan dan saudara perempuan. Ertinya , bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat saja, iaitu : solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.


7. Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah SWT tanpa perlu mengangkat senjata



Keistimewaan lelaki dalam islam



Assalamua'laikum. Allahumma soli'ala Muhammad pembuka bicara
Alhamdulillah di pagi yg ceria bintang-bintang berkelipan di subuh hari :) SubhanAllah :) 
Ana disini sehat alhamdulillah dan kpada pembaca lelaki mahupon perempuan sehat wala'fiat:)
Hari ini ana nk berkongsi sedikit ilmu bersama2
moga kita mendapat manfaat bersama :)




Ummu Salamah telah bertanya kepada Rasulallah SAW tentang kaum wanita yang tidak disebut di dalam al-Quran sebagaimana seringkali disebut nama lelaki dalam al-Quran. Hatta tiba pada suatu hari beliau terkejut bilamana Rasulallah SAW membacakan ayat al-Quran kepada beliau yang mana al-Quran menyebut jelas tentang kaum wanita:
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar dan orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang bersabar, serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendeah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedeqah serta orang-orang perempuan yang bersedeqah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa dan orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya  serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”

(al-Ahzab: 35)
Ummu Salamah bertanya kepada Rasulallah SAW, “Mengapa hanya kaum lelaki sahaja yang berperang, tidak kaum wanita? Kenapa kaum wanita hanya mendapat separuh daripada harta pusaka?” Firman Allah SWT yang bermaksud:

“dan janganlah kamu irihati terhadap kelebihan yang telah Allah berikan kepada sebahagian daripada kamu. Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(an-Nisa’; 32)

Sesungguhnya tiada diskrimanasi di antara perbedaan gender menurut kaca mata Islam. Lelaki dengan kelebihan tersendiri, begitu jualah untuk perempuan. Dan benarlah kedua-duanya adalah saling melengkapi.